Wednesday, July 22, 2009

oPs 'cAnT!kKan' b!Lik ASp!R@si

tepat jam 9.30 mlm; 21 julai 2009, lebih kurang 25 org ahli kelab ASPIRASI berkumpul di bilik gerakan utk satu operasi mencantikkan bilik gerakan kami..
ni lah antara muka2 yg hadir malam 2..

semua org bekerjasama dengan baik-ada yg sapu sampah, susun atur perabot kat bilik ASPIRASI..memang bezz r tgk semua org dapat sama2 mem'perfect'kan bilik gerakan 2..


barang2 yg x diperlukan kami campakkan aje kat bilik stor..hehe..xde lah main campak je..kami susun elok2 tau..jgn salah faham ye...
lebih kurang pukul 10.30 mlm semuanya berakhir dgn jaya dan selamatnya..ape lagi kita ktorg pun balik la..penat?? xde lah...tP hepi!!!

Tuesday, July 14, 2009

peNgamBilan Ahli barU...09/10



.....aSpirasi MEnGorak laNGkah ke New ERa wif new generation....

rabu,08/07/09:first meeting!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------


first agenda kami ialah mencari generasi2 yg bakal menerajui Aspirasi Kolej Keris Mas untuk sesi kali ini.lihat laa wajah-wajah adik2 yg bersemangat waja ni..ahak~!!gamBAte!!!!!!!


aktiviti bermula dengan menerangkan ape itu ASPIRASI oleh presiden aspirasi sendiri.saper lagi kalau bukan FAZLEY........and ALANG sebagai ex-officio turut membantu....

ini laaa presiden kami....elelele~!!poyo jer............



next,ader laa plak sesi soal jawab..mcm2 soalan yg ntah paper kuar dari mulut kanak-kanak yg baru menjinakkan diri dengan suasana baru di UNIVERSITI ini.......
ahak~!!!bermula sesi memperkenalkan exco-exco aspirasi.......ader exco siswi, kebajikan, blok, informasi, antarabangsa , latihan and mcm2 lagi laaa......exco-exco memang sumer nyer sporting habis.menceriakan hari2 adik2 yg baru jer mula mendaftar masuk ni.....mula2 dulu kami pon mcm mereka sumer gak.......KAMI SUMER PEMALU~~~~
after dat.....sumer berkumpul ikut exco masing-masing and berborak serta ketua exco meng-explain dgn lebih lanjut tentang tugas2 mereka sumer....sume mempunyai tanggung jawab masing2....so MARILAH MENUJU KEJAYAAN......ahak~!!!
act ader pic2 yg telah ditangkap oleh EXCO INFORMASI tetapi lambat ckit laa erk nak upload...hihihihi...........jgn marah pres!!!

Wednesday, July 8, 2009

MMP mmg best!! =D




Salam muhibbah kepada semua warga kolej keris mas..disini kami daripada pihak aspirasi kolej keris mas ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada pelajar-pelajar tahun satu yang telah berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia yang sememangnya merupakan salah satu universiti yang hebat dan unggul di Malaysia. Kita sebagai mahasiswa yang merupakan tunjang kepada kekuatan negara kita haruslah menggunakan segala peluang yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya. Janganlah anda mensia-siakan harapan keluarga, bangsa dan agama yang sememangnya mengharapkan agar kita dapat menjadi modal insan yang berguna.

Sebagai sebuah persatuan yang mendukung aspirasi UKM..wajarlah disini kami ingin menekankan bahawa kehidupan di universiti ini bukanlah sesuatu yang mudah. Akan terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang bakal menanti mahasiswa-mahasiswa kerana ianya merupakan asam garam kehidupan. Tidak ada manusia yang sempurna dan tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. Cumanya yang ada hanyalah mereka yang sanggup untuk memperbetulkan diri mereka..dan mereka yang sanggup untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Jadi disini ingin kami memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sama ada secara sengaja ataupun secara tidak sengaja kepada semua mahasiswa kolej keris mas yang baru sepanjang minggu mesra pelajar berlangsung. Sesungguhnya semua yang baik itu datangnya daripada tuhan dan yang buruk itu datangnya daripada diri kami sendiri. Diharap agar semua mahasiswa kolej keris mas dapat menyesuaikan diri kamu sepanjang kamu berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang tohmahan ataupun kutukan daripada sebarang pihak berkenaan pihak kami..ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa tiada manusia yang sempurna didalam dunia ini..yang ada hanyalah mereka yang senantiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Kamu sebagai mahasiswa nilailah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk kerana tanpa kamu..siapalah kami..Kami akan berusaha untuk memberikan segala yang terbaik yang kami mampu untuk mengiringi mahasiswa-mahasiswa ukm..khususnya mahasiswa-mahasiswa kolej keris mas agar kamu semua akan berjaya di ukm meniti titian ilmu menuju ke puncak dunia..insyaAllah..